-->

Monday, February 28, 2011

Makluman Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Julai 2011


Borang Permohonan kategori Lepasan SPM bagi kemasukan ke Politeknik KPT (Fasa 2) sesi Julai 2011 akan dibuka mulai 10 Januari hingga 4 April 2011 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my/.

Pemohon dinasihatkan untuk memahami syarat kemasukan dan program pengajian yang ditawarkan di Politeknik melalui web http://www.politeknik.edu.my sebelum membuat permohonan.

Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju supaya kutipan wang proses sebanyak RM 10.60 dikenakan bagi permohonan ke program pengajian Lepasan SPM/Setaraf di Istitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan program Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Borang Permohonan bagi Lulusan Diploma Politeknik, Lulusan Sijil Politeknik, Lulusan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan Kolej Matrikulasi KPM akan dibuka melalui Laman Web Politeknik di http://www.politeknik.edu.my mulai 4 Mac 2011 hingga 4 April 2011. **Tarikh TERKINI**

Pembelian nombor PIN untuk calon lepasan Diploma/Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti / Lepasan Matrikulasi KPM di Bank Simpanan Nasional seluruh negara berharga RM6.00 adalah bermula pada 4 Mac 2011.



p/s : TAHNIAH ADEK QYRN DISHDUSH  /admin seperjuangan di page 
politeknikmukahbloggers *dpt no.1 for dinner dress..hehe :)

saya sabar menunggu 4 mac 2011 :) 

5 comments:

Qyrn Dishdush said... [PLEASE REPLY COMENT]

aisehh, ada ndah nma kmk. thanks sis :D

♥ solehah ♥ said... [PLEASE REPLY COMENT]

@Qyrn Dishdush

haha..kmk tauk dr fb la..hehe..
btw..congrett..hehe :)
kacak baju oh..hee

arequeWANY said... [PLEASE REPLY COMENT]

hai,..saya nak tanya nie...adakah sama no unik ID UPU & POLI ??? =,=' so no unik ID yg sama larh? kiranya satu no unik ID untuk upu n poli , gitu ke ??

♥ solehah ♥ said... [PLEASE REPLY COMENT]

@arequeWANY

x sama..no.pin upu lain..untk poli lain :) tp.klau untuk lepasan spm..
SAMA :)

♥ solehah ♥ said... [PLEASE REPLY COMENT]

@arequeWANY

x sama..no.pin upu lain..untk poli lain :) tp.klau untuk lepasan spm..
SAMA :)